Powered By Blogger

Friday, October 7, 2011

MUSTAFA KAMAL ATATURK




Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK??

Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..



Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa

TAKTIK PEPERANGAN RASULULLAH

Pendahuluan :

1.Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.
2.Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.
3.Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan ke Madinah.
4.Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh.
5.Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
6.Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.
Isi :

Taktik Menunggu Musuh :

◦Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
◦Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
Taktik al – Saf :

◦Digunakan dalam Perang Badar.
◦Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
◦Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
Taktik Menggali Parit :

◦Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
◦Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
◦Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
◦Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
◦Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
Taktik Kepungan :

◦Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
◦Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
◦Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :

◦Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
◦Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
◦Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.
Taktik Penyamaran :

◦Digunakan sewaktu Perang Khandak.
◦Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
◦Musuh akhirnya tewas.
Kesimpulan :

◦Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam.
◦Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan.
◦Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam

Friday, October 1, 2010

RAHSIA AIS

  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.



  • Friday, August 27, 2010

    TuDuHaN TerHaDap WaHaB!

    Berikutan dari artikel sebelum ini iaitu “Bantahan Terhadap Rencana Bahaya Wahabi” Harian Metro juga menyenaraikan antara amalan dan fahaman wahabi dibahagian Info. Maka dari itu, saya ingin menjawab beberapa tuduhan ini yang tidak lain hanyalah berupa fitnah semata.Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya (sebagaimana terdapat dalam Metro):1. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah2. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)3. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias4. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)5. Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w6. Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik7. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya8. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain9. Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya10. Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh11. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah12. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w13. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja 14. Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang15. Amalan tariqah dilarang sama sekali16. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang kerasJawapan terhadap bagi senarai di atas:Senarai amalan dan fahaman wahabi di atas tersebut terdapat juga di dalam buku “Masalah Ugama” yang ditulis oleh Kiyai Haji Sirajuddin Abbas dalam edisi jawi, siri 1, keluaran Pustaka Aman Sdn. Bhd. Hal 145-147. Cuma ada 2 senarai dalam buku “Masalah Ugama” yang tidak terdapat pada senarai di atas iaitu: Melarang menghisap rokok dan makan sirih (terletak pada nombor 8), dan Tidak boleh membaca kitab “Dalail Khairat”, “Burdah” dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi (terletak pada nombor 13). Kemudian pada beberapa senarai di atas juga diubah sedikit pada nombor 2 iaitu pernyataan Kiyai Sirajuddin Abbas mengatakan: Di dalam fiqh harus (mesti) memakai mazhab Hanbali dan pada nombor 3: Mazhab Syafi’i dibuang.Kiyai Sirajuddin Abbas mengatakan fiqh itu harus (dalam bahasa indonesia bermaksud wajib) bermazhab Hanbali manakala mazhab Syafi’i dibuang. Sebagai jawapan: Sudah sedia maklum bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bermazhab Hanbali di dalam fiqh, namun terdapat sebahagian masalah beliau keluar dari mazhabnya sendiri sebagaimana telah saya bawakan perkataan Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab pada tulisan yang lalu. Manakala perkataan membuang mazhab Imam Syafi’i ini adalah dusta, kerana sebagaimana yang dikatakan oleh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab bahawa mereka menyuruh kepada masyarakat supaya mengikuti salah satu dari empat mazhab tersebut dan termasuklah mazhab Syafi’i. Mengenai rokok, masalah ini saya kira, kebanyakan orang sedia maklum akan keharamannya dan tidak perlulah saya jelaskan di sini. Dengan itu jelas senarai Kiyai Sirajuddin Abbas tersebut hanyalah dusta dan fitnah sahaja serta kejahilan yang disandang olehnya menyebabkan dia meluluh mengatakan amalan wahabi tersebut adalah sesat. Padahal ianya (yakni wahabi/salafi) jauh sekali dari kesesatan.Di bawah ini saya sertakan semula senarai di atas ini (yang dikeluarkan di dalam Metro), satu persatu, seterusnya saya akan meletakkan jawapannya sekadar apa yang saya termampu.Pertama: Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah.Ini adalah dusta semata. Wahabi mempelajari aqidah adalah dengan berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah menurut jalan as-salaf. Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab menyatakan pegangan pendokong dakwah Syeikh Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab ketika memasuki kota Mekah pada tahun 1218H, ia seperti berikut:“Adapun mazhab kami dalam Usuluddin (akidah) adalah mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jalan (tariqah) kami adalah jalan as-Salaf iaitu jalan yang selamat, sejahtera, lebih baik serta lebih menepati jalan al-Khalaf ialah jalan yang lebih menepati kebenaran.” (Al-Durar Al-Saniyyah, jil 1, hlm 126)Beliau menghuraikan lebih lanjut kenyataan di atas dengan katanya: “Adapun pegangan kami adalah perkara yang dikehendaki Allah ke atas kami. Ia adalah mazhab Salafus Soleh serta para pemimpin mereka di kalangan para sahabat radiallahu ‘anhum serta para tabi’in. Bagi mereka segala kebaikan. Termasuk di kalangan mereka itu imam empat mazhab serta tokoh-tokoh terkemuka lainnya. Semoga Allah meredai mereka sekaliannya. Berdasarkan pegangan mereka maka kami beriman serta menetapkan apa yang tsabit (dinyatakan) di dalam al-Quran serta hadis tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tamtsil (menyamakan Allah dengan makhluk), serta ta’til (menafikan apa yang telah ditetapkan). Jalan mereka menetapkan iktikad seperti berikut:Mereka beriman dengan sifat-sifat Allah, nama-namaNya sebagaimana Allah sifatkan diriNya di dalam al-Quran atau menerusi lisan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini dilakukan tanpa apa-apa penambahan terhadapnya, mengurangkannya, melampauinya, mentafsirkannya, mentakwilkannya dengan apa yang bercanggah dengan zahirnya ataupun menyerupakannya dengan sifat makhluk serta memperkatakan sesuatu tentangnya dengan apa yang tidak diperintahkan. Sebaliknya, mereka menerima keterangan al-Quran serta hadis berkenaan nama-nama dan sifat sebagaimana asalnya dengan menyerahkan pengetahuan serta kedudukan hakikinya kepada Allah yang menyatakannya.Ketahuilah, mereka sentiasa berpesan-pesan antara satu sama lain supaya berittiba’ (mengikuti) dengan golongan terdahulu dari mereka serta mengambil sikap mendiamkan diri sebagaimana golongan terdahulu mendiamkan diri. Sehubungan hal ini, mereka amat berhati-hati supaya tidak melampaui serta menyalahi pegangan serta jalan yang ditunjukkan golongan terdahulu serta tidak lupa menyampaikannya kepada kami. Kesannya kami juga berhati-hati dari terbabit mengikuti jalan-jalan yang menyeleweng sebagaimana menjadi amalan golongan ahli bid’ah.” (Majmu’ah Al-Rasail wa al-Masail, jil 1, hlm 48)Demikian apa yang dikatakan oleh anak kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab berkenaan pegangan ayahnya. Jika sekiranya kita katakan ini merupakan juga pegangan Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah, maka kita katakan ya, memang benar. Inilah juga pegangan beliau serta inilah pegangan yang sepatutnya dipegang oleh kita semua sebagai penganut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: “Maka ini adalah i’tiqad firqah najiah (puak yang selamat) Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beroleh pertolongan sehingga hari Kiamat, iaitu beriman dengan Allah… Dan di antara (cara) beriman dengan Allah ialah beriman dengan apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya dalam kitabNya dan dengan apa yang telah RasulNya Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam menyifatkanNya dengannya, tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna), tanpa ta’til (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu). Bahkan, mereka (Ahli As-Sunnah Wal Jamaah) beriman sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak sebanding (Zat, Sifat-Sifat dan pentadbiran) Nya dengan sesuatu apapun, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Asy-Syura: 11) Mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak menafikan dariNya apa yang Dia telah sifatkan diriNya dengannya, mereka tidak mentahrifkan perkataan dari tempat-tempat (atau maksud)nya yang sebenar, mereka tidak mengilhadkan (menolak secara anti) nama-nama Allah serta ayat-ayatNya, mereka tidak membentukkan rupa makna dan mereka tidak mengumpamakan sifat-sifatNya dengan sifat-sifat makhlukNya, kerana sesungguhnya (Allah) Subhanahu wa Ta’ala tidak ada yang menyamai namaNya, tidak ada yang menyetaraiNya, tidak ada yang menyekutuinya dan tidak boleh dikiaskanNya dengan makhlukNya, Subhanahu Wa Ta’ala…” (Aqidah Al-Wasatiyah, hal 5-7; dinukil dari buku Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar?, Dr. Azwira Abdul Aziz, Jahabersa, hal 47-49)Kedua: Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq).Untuk menjawab berkenaan tidak berpegang dengan mana-mana mazhab ini, mungkin ada baiknya saya nyatakan sekali lagi di sini pernyataan Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahab, beliau menulis dalam risalahnya sebagai ringkasan dari beberapa hasil karya ayahnya, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, seperti berikut:“...Sedangkan dalam hal masalah furu’ (fiqh) kami cenderung mengikuti mazhab Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Kami tidak pernah mengingkari (melarang) seseorang bermazhab dengan salah satu daripada mazhab yang empat. Dan kami tidak mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab yang luar dari mazhab empat, seperti mazhab (Syi’ah yang terdiri daripada - edt) Rafidhah, Zaidiyah, Imamiyah dan lain-lain lagi. Kami tidak membenarkan mereka mengikuti mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa mereka supaya bertaqlid (ikut) kepada salah satu dari mazhab empat tersebut. Kami tidak pernah sama sekali mengaku bahawa kami sudah sampai ke tingkat mujtahid mutlaq, juga tidak seorang pun di antara para pengikut kami yang berani mendakwakan dirinya dengan demikian. Hanya ada beberapa masalah yang kalau kami lihat di sana ada nas yang jelas, baik dari Al-Quran mahupun Sunnah, dan setelah kami periksa dengan teliti tidak ada yang menasakhkannya, atau yang menkhususkannya atau yang menentangnya, lebih kuat daripadanya, serta dipegangi pula oleh salah seorang Imam empat, maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami anut (yakni mazhab Hanbali)...” (Shiyanah al-Insan, Syeikh Muhammad Basyir as-Sahsawani, hal 473)Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah berkata: “Sesungguhnya penyeru untuk kembali kepada as-Sunnah tidak bermaksud meninggalkan semua mazhab yang ada baik secara global mahupun secara rinci, bahkan mereka (yang mengajak untuk kembali kepada Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam) senantiasa menghargai mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para imam mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para imam untuk memahami al-Kitab dan as-Sunnah. Mereka hanya meninggalkan pendapat para imam apabila jelas bertentangan (atau kurang bertepatan) dengan al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah.” (Risalah Ilmiah Al-Albani, Pustaka Azzam, hal 42)Sebelum ini saya telah pun membawakan perkataan Imam Syafi’i akan peri-pentingnya mengikuti dalil-dalil yang sahih dan tidak boleh mengambil pendapat individu tertentu melainkan mengetahui dalilnya terlebih dahulu. Pernah juga saya membawakan contoh sebagaimana dalam masalah tayammum yang mana pendapat Imam Syafi’i adalah hendaklah mengusap wajah dan kedua-dua tangan sehingga siku sebanyak dua kali tepukan. Namun Imam Nawawi rahimahullah seorang Imam yang menjadi rujukan dalam mazhab Syafi’i sendiri menyatakan bahawa pendapat yang benar dalam masalah tayammum adalah sebagaimana riwayat Bukhari dan Muslim iaitu sekali tepukan (ke tanah) sahaja kemudian diusapkan ke wajah seterusnya kedua-dua tangan sekitar pergelangan. (Sila rujuk artikel Siapakah Pengikut Imam Asy-Syafi’i yang sebenar)Ketiga: Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan QiasIni juga merupakan tuduhan yang dusta. Ini kerana Ijmak (persepakatan) dan Qias termasuk dalam salah satu sumber hukum syarak. Bacalah kitab “Al-Usul Min ‘ilmi Al-Usul” karya Syeikh Muhammad Sholeh Ibn Utsaimin rahimahullah. Di dalam kitab tersebut Syeikh ibn ‘Utsaimin berkata:“Al-Ijmak adalah merupakan hujah agama berdasarkan kepada beberapa dalil seperti berikut: (1) Firman Allah Ta’ala (al-Baqarah: 143), Maksudnya: “Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia.” Perkataan syuhada (saksi) merangkumi kesaksian terhadap amalan mereka dan terhadap hukum-hukum amalan mereka dan kata-kata saksi adalah diterima. (2) Firman Allah Ta’ala (an-Nisa’: 59) Maksudnya: “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya).” Ayat ini menunjukkan bahawa apa yang mereka persetujui adalah hak. (3) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpul umatku atau umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam di atas kesesatan.” (4) Ijmak umat ini terhadap sesuatu perkara secara umum terbahagi dua; sama ada hak atau batil. Sekiranya hak, ianya adalah hujah. Sekiranya batil, adalah satu perkara yang amat mustahil bagi umat ini yang merupakan sebaik-baik umat di sisi Allah Ta’ala semenjak perutusan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sehinggalah ke hari akhirat kelak, untuk berijmak terhadap perkara batil yang tidak diredhai Allah Ta’ala. Ini sebenarnya satu perkara yang mustahil akan berlaku.” (Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul Al-Fiqh, Syeikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin, jahabersa, hal 100-101)Demikian juga masalah Qias, di dalam buku yang sama Syeikh Ibn Utsaimin menjelaskan: “Al-Qiyas (persamaan) adalah salah satu dalil-dalil yang terpancar darinya hukum-hukum Syarak. Ianya telah disahkan sebagai dalil syarak oleh Al-Quran, As-Sunnah dan kata-kata sahabat.” (Ibid, hal 104)Masalah Ijmak telah saya kemukakan pada tulisan lalu bahawa Zamihan Al-Ghari mengatakan pendukung Sunnah Malaysia menolak Ijmak, padahal telah dibantah oleh Dr. Azwira dalam bukunya “Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Sebenar?” iaitu berkenaan azan dua kali pada hari jumaat yang dianggap oleh Zamihan terdapat ijmak ulama akan hal tersebut, namun ternyata sebenarnya tidak ada ijmak pun di dalam hal itu. (Untuk merujuk buku tersebut sila klik di sini)Manakala dalam masalah Qias ini sebagai contoh, saya pernah melihat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nuruddin Al-banjari Al-Makki (beliau seorang Indonesia) dalam sebuah vcd ceramahnya beliau mengatakan berkenaan masalah lafaz niat solat dan puasa, bahawa Imam Syafi’i mengqiaskannya dari hadis berikut:Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Pada suatu hari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke rumahku dan berkata: “Apakah engkau memiliki sesuatu (yakni makanan)?” Kami menjawab: “Tidak.” Baginda bersabda: “Jikalau begitu aku berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Muslim; lihat Bulughul Maram, no: 7)Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarah Sahih Muslim: "Dan padanya terdapat dalil bagi mazhab jumhur bahawa puasa sunat (nafilah) itu dibolehkan (harus) dengan niat pada siang hari sebelum tergelincirnya matahari.” (Syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi, dalam maktabah syamilah, 4/157)Hadis di atas hanya menjelaskan bahawa puasa sunat itu harus sekiranya diniatkan pada siang hari sebelum tergelincirnya matahari yakni sebelum masuknya waktu zohor. Inilah maksud hadis tersebut. Tidak ada qias kepada niat pun yang berlaku di dalamnya. Sungguh Nuruddin Al-Banjari telah mendustakan nama Imam Syafi’i kononnya mengkiaskan hadis ini kepada lafaz niat solat dan puasa. Mungkin Nuruddin tidak pernah belajar usul fiqh atau terlupa bahawa terdapat kaedah yang mengatakan “Tidak ada Qias di dalam Ibadah.” Ini kerana ibadah itu sifatnya "tauqifiyah".Pernyataan Imam Malik rahimahullah sangatlah baik, yang mana beliau pernah berkata: “Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari tersebut (di zaman Rasulullah dan sahabatnya - edt), ia tidaklah pula menjadi agama pada hari ini." (Al-I'tisam oleh Imam Al-Syatibi, jilid 2, ms. 283)Demikianlah penerangan masalah Ijmak dan Qias yang saya nukilkan dari Syeikh Muhammad Sholeh ibn Utsaimin adalah merupakan salah seorang ulama yang dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan sama ada sesat atau kafir atau sebagainya oleh para pembenci wahabi (salafi) sebagaimana juga ulama-ulama yang sezaman dengannya yang lain seperti Syeikh Abdul Aziz bin Baz, dan Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahumullah.Keempat: Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)Ahli Sunnah membenarkan berdoa melalui tawassul yang syar’ie (disyariatkan) bukan tawassul yang bid’ie (diada-adakan). Tawassul (perantaraan) yang disyariatkan itu adalah sama ada berdoa kepada Allah dengan menyebut nama-nama dan sifat-sifatnya sebagai perantara, atau bertawassul dengan amal soleh diri sendiri, atau bertawassul dengan meminta orang soleh mendoakan kita.Dalil bolehnya bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah:Firman Allah Ta’ala:Maksudnya: “Hanya milik Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang Telah mereka kerjakan”. (Surah Al-A’raf: 180)Rasulullah sendiri ketika mana beliau bersedih dan berdoa dengan menyebut sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala:Maksudnya: “Sesungguhnya apabila baginda (Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam) bersedih kerana sesuatu perkara maka baginda mengucapkan: “Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berdiri sendiri dengan RahmatMu aku memohon pertolongan”. (Hadis riwayat Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 3524)Maksudnya: “Ya Allah aku berlindung dengan kebesaranMu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, janganlah sesatkan aku” (Hadis riwayat Muslim; Sahih al-Jami’ Shogier, no: 1309)Dalil bolehnya bertawassul dengan amal soleh:Ini berdasarkan hadis yang panjang riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka berdua dan juga kitab-kitab hadis yang lain, yang mana seketul batu besar telah menutup pintu gua, lalu mereka bertawassul kepada Allah dengan menyebut amalan-amalan soleh yang dilakukan dengan ikhlas. Setiap dari mereka berkata: “Sekiranya aku melakukan amalan ini hanya kerana mencari keredhaanMu maka lepaskanlah kesusahan yang sedang kami alami.” Lalu batu besar itu terbuka dan mereka berjalan keluar dari gua itu. (Syarah Aqidah Thahawiah, Terjemahan oleh Hasnan bin Kasan, Terbitan JAKIM, jilid 1, hal 290)Dalil bolehnya bertawassul dengan doa orang soleh:Di masa hayatnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat hanya bertawassul dengan meminta baginda mendoakan. Mereka meminta baginda mendoakan untuk mereka dan mereka mengaminkan doa baginda sebagaimana yang berlaku dalam doa meminta hujan dan lain-lain. Apabila baginda wafat, Saidina Umar radiallahu ‘anhu berkata apabila mereka telah keluar untuk meminta hujan: “Ya Allah, dulu kami kekeringan air, kami berdoa secara bertawassul dengan nabi Engkau kepada Engkau, lalu Engkau menurunkan hujan kepada kami, maka sekarang ini kami bertawassul dengan bapa saudara Nabi kami.” (Lihat Hadis riwayat Bukhari, no: 954)Ibn Abil Izz Al-Hanafi rahimahullah: “Maksudnya ialah dengan doanya, dengan syafaat dan permintaannya kepada Tuhan. Umar bukan bermaksud bersumpah terhadap Allah atau meminta daripadaNya demi kedudukan baginda di sisi Allah. Ini kerana sekiranya inilah maksud Umar nescaya kedudukan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah lebih besar daripada kedudukan bapa saudaranya al-Abbas.” (Aqidah Thahawiah, jilid 1, hal 289)Demikianlah tuduhan mereka terhadap wahabi melarang bertawassul adalah tidak benar. Yang mereka melarangnya adalah bertawassul dengan Zat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat Nabi sama ada ketika meminta hujan dan selainnya, baik ketika Nabi masih hidup mahupun setelah wafat. Tidak dilakukan di sisi kuburannya tidak pula di sisi selain kuburannya. Inilah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Taimiyyah rahimahullah. (Lihat Majmuk Fatawa, 1/202) Apatah lagi sekiranya bertawassul dengan Zat yang lebih rendah dari Nabi Muhammad seperti anggapan sesetengah kaum sufi pada individu-individu tertentu sebagai wali keramat. Wal’iyazubillah.Kelima: Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.wPerkara ini juga merupakan fitnah yang sering dilontarkan kepada Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah dan alhamdulillah terdapat sebuah buku yang telah dikeluarkan oleh Jahabersa yang berjudul “Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah” penulisnya Syeikh Murad Syukri diterjemahkan oleh Ustaz Badrul Hisyam bin Sulaiman. Sebagai jawapannya (lebih lanjut sila rujuk buku tersebut atau klik di sini):Pertama:Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah tidak melarang amalan ziarah kubur, termasuklah kubur Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana ia adalah amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sendiri.Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjelaskan: “Berkata kebanyakan (ilmuan), ziarah kubur orang-orang mukmin adalah dianjurkan untuk mendoakan (kebaikan) bagi yang telah mati di samping mengucapkan salam ke atas mereka. Ini sebagaimana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang pernah keluar ke perkuburan Baqi' dan mendoakan (kebaikan) untuk mereka. Demikian juga sabit dalam hadis Shahih al-Bukhari dan Muslim bahawa baginda keluar ke perkuburan Syuhada' Uhud dan mensolatkan mereka seperti solatnya ke atas orang–orang yang meninggal dunia.” (Majmu' al-Fatawa, jld. 27, ms. 377)Kedua:Larangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah hanyalah kepada amalan mengadakan satu perjalanan yang khusus ke kubur Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau kubur orang-orang shalih. Ini kerana di kalangan ahli ibadah ada yang berkata: “Kami tidak bermaksud menziarahi masjid (Nabawi), maksud kami ialah ke kubur baginda sahaja.”Larangan ini tidak berasal daripada Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah sahaja, tetapi juga para ilmuan yang lain. Beliau menjelaskan hakikat ini dengan berkata: “Sedia dimaklumi bahawa pendapat ini dipegang oleh sejumlah besar para ilmuan zaman awal seperti Malik dan kebanyakan sahabatnya, al-Juwaini Abu Muhammad serta selainnya daripada para sahabat al-Syafi‘e dan kebanyakan para sahabat awal Ahmad (bin Hanbal).” (Majmu’ al-Fatawa, jld. 27, ms. 233)Ketiga:Pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ini memiliki dalil di sebaliknya dan beliau tidak berseorangan dalam berpandangan sedemikian. Seandainya para pembuat fitnah mengkaji masalah ini dengan adil, nescaya mereka akan dapati pandangan beliau tidak terkeluar dari peraturan para ahli ilmu beserta kaedah penghujahan dan pendalilan mereka.Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata: “Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah mengizinkan ziarah kubur setelah sebelumnya baginda melarang. Sebabnya adalah, ziarah kubur akan mengingatkan penziarah kepada kematian dan negeri Akhirat. Izin yang diberikan bersifat umum, baik menziarahi kubur umat Islam atau orang kafir.” (Iqtidha’ Shirat al-Mustaqim li Mukhalafat Ashbah al-Jahim, jld. 2, ms. 181)Keenam: Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirikYang dimaksudkan dengan menghancurkan tugu peringatan ialah meruntuhkan binaan-binaan di atas kuburan yang ditinggikan di atasnya. Bahkan ada yang dijadikan masjid yang mana dibawahnya terdapat kuburan-kuburan yang mereka sangka sebagai kuburan wali. Mereka berpendapat dengan mendirikan masjid di atas kuburan akan mendapat berkat dan bantuan dari wali tersebut. Ini boleh disaksikan sendiri apa yang berlaku ke atas kubur Ayatu Syaitan Khomeini dan juga kubur-kubur lain yang terdapat di negara Mesir dan lain-lain.Dengan menghancurkan binaan tersebut, dan menjadikan kubur itu rata serta sama seperti kubur-kubur lain, lantas mereka mengatakan perbuatan ini sebagai suatu keganasan?? Tuduhan ini sebenarnya senada dengan sebuah artikel yang pernah saya baca bertajuk “Wahabi Membuat Keganasan Di Kubur Baqi” Mereka mengatakan wahabi menghancurkan kubur Baqi yang mana pada ketika itu kubur-kubur para sahabat, semua ditinggikan dan dijadikan tempat bernazar dan membuat sembelihan kepada selain Allah. Padahal ini merupakan khurafat dan syirik yang sepatutnya dihindari. Tidakkah kita pernah mendengar sabda-sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang melarang perbuatan meninggikan kuburan-kuburan dan menjadikannya sebagai tempat perayaan sebagaimana perbuatan Yahudi dan Nasrani?Abdullah bin Hasanah radiallahu ‘anhu berkata: “Aku lihat ‘Uthman bin ‘Affan radhiallahu ‘anhu memerintahkan agar diratakan kubur”. Maka dikatakan kepadanya: “Ini kubur Ummu ‘Amr binti ‘Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan”. (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Zar’ah dengan sanadnya yang sahih dari Abdullah dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam “al-Jarah wa at-Ta’dil” Jilid 3, hal 81-82)Dari Abi al-Hiyaj al-Asadi radiallahu ‘anhu berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: “Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/61, Abi Daud, 3/70, An-Nasaii, 1/128, at-Tirmizi, 2/153-154, Al-Baihaqi, 4/3, At-Tayalisi, 1/168, Imam Ahmad no: 741, dan ada beberapa jalan pada Ibn Abi Syaibah dan at-Tabrani dalam as-Saghir hal 29)Dari Anas radiallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah telah memakruhkan (makruh di sini bermaksud haram - edt) membina masjid di antara kuburan”. (Riwayat Ibn Abi Syaibah, 2/185) Dan “Daripada Ibrahim an-Nakh’ie: “Sesungguhnya Nabi menegah orang yang mendirikan masjid di atas perkuburan.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah, 4/134)Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Semoga Allah membinasakan Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid-masjid.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Abu Ya'la al-Musili dalam Musnadnya meriwayatkan atsar daripada Ali bin Husin, katanya: "Bahawasanya dia telah melihat seorang lelaki menuju ke suatu sudut berhampiran kubur Nabi s.a.w. lalu lelaki itu masuk ke tempat itu dan berdoa. (Apabila Ali bin Husin melihat perbuatan lelaki tersebut) beliau pun mencegah seraya berkata: "Mahukah aku ceritakan kepadamu apa yang telah aku dengar daripada ayahku, daripada datukku , daripada Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai perayaan. Dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya salam yang kamu ucapkan itu akan sampai kepadaku di mana saja kamu berada." (Iqtida' al-Sirath al-Mustaqim oleh Ibn Taimiyyah, jilid 1, ms 300-301)Said bin Mansur dalam Musnadnya meriwayatkan daripada Suhail bin Abi Suhail berkata: "Hasan bin Hasan bin Ali bin Abu Talib radiallahu ‘anhu telah meihatku yang sedang berada di kubur Nabi s.a.w. Lalu beliau memanggilku dan ketika itu dia berada di rumah Fatimah, sedang makan malam. Beliau berkata: Marilah menjamu makan malam bersamaku. Aku pun berkata: "Aku tidak mahu." lalu beliau berkata kepadaku: "Aku melihat engkau berada di kuburku, apa yang yang engkau buat di situ? Aku menjawab: "Aku mengucapkan salam kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam." Beliau pun berkata: "Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan dan janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan. Allah melaknat orang-orang yahudi yang telah menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai tempat-tempat peribadatan. Berselawatlah kamu kepadaku. Sesungguhnya selawat kamu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada." (perawi) berkata: "Selawat kamu dengan orang yang tinggal di andalus adalah sama." (Ibid, ms 302-303)Ibn Qayyim rahimahullah berkata: "Dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang menjadikan kuburan-kuburan sebagai tempat-tempat peribadatan dan melarang untuk menyalakan lampu di kuburan. Larangannya itu lebih tegas lagi sehingga baginda melaknat orang yang melakukannya. Baginda juga melarang solat menghadap ke kuburan dan melarang umatnya menjadikan kuburnya sebagai tempat perayaan dan melaknat umatnya menjadikan kuburnya sebagai tempat perayaan dan melaknat wanita-wanita yang selalu menziarahi kubur. Adalah dari petunjuk baginda ialah kubur itu tidak dihina (mengenakan najis di kubur) dan tidak boleh di duduki di atasnya. Tidak boleh duduk dan bersila di atas kuburan dan tidak boleh ia diagungkan dengan menjadikannya sebagai tempat beribadat, iaitu solat di kubur dan menghadap ke kubur, menjadikannya sebagai tempat perayaan dan penyambahan (melakukan ibadat)." (Zaadul Ma'ad oleh Ibn Qayyim al-Jauziyah, jilid 1, ms 525-526)Ketujuh: Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanyaNama Berzanji diambil dari nama pengarangnya yaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah tahun 1690M dan meninggal tahun 1766M. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (maksudnya kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kemudian lebih terkenal dengan nama penulisnya. (Rujuk Wikipedia)Sememangnya membaca berzanji sepatutnya perlu dijauhi kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah yang palsu bahkan pujian-pujian yang ditujukan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam secara berlebihan. Sebagai contoh, mari kita lihat sendiri antara penyimpangan yang terdapat di dalam kitab tersebut.Pada kitab “Majmu’ah Al-Mawalid Syarfu Al-Anam Barzanji Natsara wa Barzanji Nazam.” Terdapat ucapan selawat ke atas Nabi di dalamnya yang di antaranya:“Salam ke atasmu Wahai penghapus dosa”“Salam ke atasmu wahai tempat bernaung”“Salam ke atasmu wahai penghapus bencana”“Salam ke atasmu wahai tempat memohon segala hajat”Demikian beberapa contoh selawat yang berlebihan di ucapankan ke atas baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Padahal Allah berfirman (maksudnya):“(Hanyalah Dia) Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya; Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nya lah kembali (semua makhluk). (Al-Mukmin: 3)“Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.” (Muhammad: 19)Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri juga telah mengajarkan kepada kita suatu zikir yang merupakan penghulu segala istighfar sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sahih Bukhari dari Syaddad bin Aus radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Maksudnya: “Penghulu segala istighfar adalah (membaca) Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menciptaku, dan aku adalah hamba-Mu, aku berada dibawah perjanjian dengan-Mu, dan aku berusaha memenuhi janjiku pada-Mu, semampu daku, aku akui segala nikmat yang telah Engkau beri padaku, aku akui segala dosaku, maka ampunilah dosa-dosaku, kerana tiada siapa yang dapat mengampunkan dosaku melainkan Engkau, aku berlindung pada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan.” (Hadis riwayat Bukhari, no: 6306, rujuk Al-Adzkar An-Nawawi, no: 186)Bahkan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri memohon keampunan sebanyak lebih dari tujuh puluh kali kepada Allah Ta’ala, bagaimana bisa kita memohon keampunan kepada baginda sebagaimana contoh selawat yang terdapat di dalm Berzanji di atas tadi?Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Maksudnya: “Demi Allah sesungguhnya aku memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari semalam lebih dari tujuh puluh kali.” (Hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu; lihat Takhrij Al-Albani dalam Misykat Al-Mashobih, no: 2323)Demikianlah selawat di atas ini yang terdapat di dalam kitab berzanji merupakan selawat yang bid’ah bahkan boleh membawa kepada kesyirikan kerana menempatkan doa meminta perlindungan, tempat bernaung, tempat memohon segala hajat kepada selain Allah. Mengapakah kita masih perlu kepada selawat-selawat yang tidak diajar (berasal) baginda sallallahu ‘alaihi wasallam? Tidak cukupkah dengan selawat yang telah baginda ajarkan kepada kita? Sebagai contoh yang paling panjang pernah baginda ajarkan kepada kita adalah seperti selawat di dalam tahiyyat sewaktu kita bersolat. Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:Maksudnya: “Dan adapun apa yang diucapkan oleh sebahagian sahabat kami dan ibnu Abi Zaid Al-Maliki tentang sunnahnya menambah selawat lebih dari demikian (yang telah diajarkan) iaitu dengan membaca: “Dan sayangi Muhammad dan keluarga Muhammad” maka ini adalah bid’ah yang tidak ada asal baginya. Dan Imam Abu Bakar Al-‘Arabi Al-Maliki di dalam kitabnya ‘Syarah At-Tirmizi’ telah menyebutkan akan mungkarnya perbuatan tersebut dan Ibnu Abi Zaid menyalahkan hal itu dan menganggap pelakunya sebagai jahil, Dia berkata: Ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepada kita bagaimana mengucapkan selawat padanya, tambahan yang demikian itu menimbulkan tanggapan bahawa apa yang disabdakan oleh baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih kurang, semoga Allah memberinya taufiq.” (Al-Adzkar, Imam An-Nawawi, dalam maktabah syamilah, hal 116)Antara kepercayaan karut yang terdapat di dalam kitab Berzanji antaranya adalah mempercayai akan kewujudan Nur Muhammad yang merupakan makhluk pertama yang diciptakan sebelum makhluk-makhluk lain diciptakan. Ini sebagaimana tercatit di dalam kitab berzanji yang berbunyi:“Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selawat ke atas Nur yang telah dijadikanNya terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya iaitu Nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahandanya.” (Lihat terjemahan Maulid Berzanji oleh Zulkifli Mat Isa, Jahabersa)Kisah Nur Muhammad ini boleh didapati di dalam suatu hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansari, akan tetapi hadis ini adalah palsu (maudu') kerana hadis ini tidak diperolehi dari kitab-kitab hadis yang masyhur seperti sunan sittah dan tidak juga oleh Imam-Imam hadis yang lainnya.Para ulama yang membincangkan perihal apakah makhluk yang pertama diciptakan juga tidak pernah memasukkan Nur Muhammad ke dalam senarai perselisihan mereka sebagai makhluk yang pertama. Yang ada hanyalah Arasy, Qalam, air dan sebagainya.Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah ketika mengulas hadis-hadis mengenai makhluk yang awal dicipta, tiada satu pun yang berhubung dengan Nur Muhammad adalah makhluk pertama dijadikan. Beliau hanya menyebut perselisihan pendapat ulama mengenai Arasy, Qalam dan air, yang mana lebih awal dijadikan oleh Allah Ta’ala. (Kisah-Kisah Para Nabi Yang Tidak Boleh Dijadikan Hujah, Dr. Basri Ibrahim, Darul Nu’man, hal 15)Antara dalil-dalil yang menunjukkan makhluk pertama diciptakan adalah berdasarkan hadis dari Waki’ bin Hudus dari ayah saudaranya Abu Razin radiallahu ‘anhu berkata:Maksudnya: “Wahai Rasulullah, di mana Tuhan kita berada sebelum Dia mencipta makhlukNya?” Jawab baginda: “Adalah Dia dalam al-Ama’, tiada di bawahnya udara dan tiada di atasnya udara dan Dia mencipta ArasyNya di atas air”. Kata Ahmad bin Mani’ (perawi hadis): Berkata Yazid bin Harun: “al-‘Ama’ yakni tiada suatupun bersamaNya.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad; Al-Albani mengatakan hadis ini dhaif dan sebahagian dihasankannya – Misykat Mashobih, no: 5728)Dan Hadis dari Abi Hafsah radiallahu ‘anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Maksudnya: “Sesungguhnya benda yang paling awal dicipta Allah adalah al-Qalam (pena), lalu Dia berfirman kepadanya: “Tulislah”. Berkata Qalam: “Wahai Tuhanku, apa yang hendak aku tulis?”. Allah berfirman: “Tulis takdir-takdir segala sesuatu sehingga hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad; Disahihkan oleh Al-Albani – Sahih wa Dha’if Sunan Abi Daud, no: 4700)Manakala sebuah atsar yang mauquf dari Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma pula berkata:Maksudnya: “Dan adalah ArasyNya di atas air, pada hari itu air berada di atas apa? Beliau menjawab: “Di atas angin.” (Hadis riwayat Al-Hakim; sahih di atas syarat Bukhari dan Muslim. Al-Albani juga mengatakan sahih di dalam Dzilalil Jannah, no: 584)Syeikh al-Mubarakfuri rahimahullah berkata:Maksudnya: “Berkata dalam al-Azhar: Awal yang dicipta Allah adalah al-Qalam maksudnya selepas Arasy, air dan angin”. (Tuhfatul Ahwazi, Muhammad Abdul Rahman al-Mubarakfuri, 6/307, Dar al-Kutub al-Ilmiah-Beirut)Demikianlah cerita awal makhluk adalah Nur Muhammad sebenarnya adalah karut dan berdasarkan hadis-hadis yang palsu semata. Golongan yang banyak membela kisah Nur Muhammad ini adalah kebanyakan dari golongan tarekat sufi. Juga tidak ketinggalan dahulu kumpulan Al-Arqam atau nama kemudian mereka Rufaqa yang telah difatwakan sebagai sesat pernah mencipta sebuah lagu dan didendangkan oleh kumpulan Qatrunnada dan Mawaddah (kumpulan wanita), iaitu sebuah lagu yang bertajuk “Mari mengenal Nabi.” Antara isi lagunya ialah:“Dia adalah makhluk yang pertama dan utamaYang paling dicintai Tuhan yang diberi nama Nur MuhammadDari Nur Muhammad inilah seluruh yang ada diciptakanSyurga neraka dunia akhirat manusia dan lain-lainnya”Lirik lagu di atas ini jelas fahaman mereka al-Arqam atau Rufaqa atau juga sekarang ini dengan nama terbaru mereka lagi iaitu Global Ikhwan, mereka berpegang dengan fahaman Nur Muhammad sebagaimana juga pada kebanyakan ahli tarekat sesat yang lainnya juga befahaman sebegini. Jika hendak dibicarakan lebih terperinci mengenai hal ini, akan memerlukan lebih banyak ruangan yang mana saya kira di sini bukanlah tempatnya. Ini kerana terdapat banyak lagi syubhat-syubhat mereka (para pendokong Nur Muhammad) yang mereka perindah dan menyusunnya sehinggalah nampak seakan-akan pegangan Nur Muhammad ini hanya termasuk dalam masalah khilafiah yang boleh ada perbezaan pendapat di dalamnya. Padahal masalah ini seharusnya bergegas dikembalikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih serta para ulama As-Salaf. Serta tidak mengikuti ayat-ayat yang samar-samar yang dijadikan tempat menimbulkan fitnah dikalangan manusia.Firman Allah Ta’ala:Maksudnya: “Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.” (Ali-Imran: 7)

    Sunday, July 4, 2010

    Pasai pa mamak x main bola

    Cuba hangpa teka, kenapa mamak takde yang main bola. Hangpa cari la di negara mana pun dalam dunia ni, memang takdak mamak yang main bola, Cikgu Omaq memecah sunyi sementara menanti teh tarik sampai dengan satu soalan kepada kawan-kawan yang lain.

    Ha ahh la...rasanya takdak sorang pun mamak yang main bola. Pasai apa ha? Pasai depa tak reti main bola ka? Pasai depa keturunan kaki bangku ka?, jolok Nasir menambah lagi kesedapan kepada soalan Cikgu Omaq tadi.

    Depa memang jenis yang tak suka main bola kot? Tengok bola pun takde rasanya. Tak nampak pun mamak kat stadium bila ada lawan bola, sampuk Johari.

    Takdak....percaya la cakap aku. Memang depa takdak dan tak boleh main bola. Sergah Cikgu Omaq pada Johari.

    Habih tu, habaq mai la pasai apa mamak tak boleh main bola, jangan bagi kami penin kepala pikiaq lama-lama. tambah Nasir.

    Hangpa tau, mamak ni memang tak boleh main bola. Pasai kalau depa main bola, bila ada corner kick, depa tak main dah....Cikgu Omaq bagi clue kat depa yang tercengang dengar jawapan bola gantung Cikgu Omaq tu.

    Pasai apa depa tak main dah bila sampai kat corner tu? tanya Johari tak sabar nak tau jawapannya.

    Pasai....bila mamak dah dapat kat corner tu, depa bukak restoran laa.....macam Salam Corner, macam Sahul Corner tu.....bila masa depa nak main lagi...apa la hangpa ni. Itu pun hangpa tak tau kaa, jawab Cikgu Omaq pada mereka semua.

    Cilakoi betoi, gelak Faisol yang sedari tadi hanya mendengar tanpa masuk campur dalam soalan pasal mamak itu

    Saturday, July 3, 2010

    KEKALAHAN MEMALUKAN ARGENTINA.....

    Awal minit permainan lagi...jerman yg dibarisi pemain muda, yg rata2 nyer berumur 25 thn ke bwh telah menjaringkan gol..betul kata orang world cup bukan untuk pemain terbaik dunia tp untuk pasukan yang terbaik...apa di harap pd messi sorang..jerman dengan taktikal mantap berjaya memperkudakn argentina...jerman mmg perrform abis...apakah jerman akan menjulang world cup... bersama kita nantikan..